Dapat Kereta Baru !!

Dapat Kereta Baru ! | Pagi tadi waktu hantar Muqri kat taska, cikgu maklum kereta mainan dia dah rosak. Kereta mainan ni memang parent tinggal kat taska untuk anak² umur 2 tahun main waktu pagi. Sebenarnya, aku dah perasan hari Jumaat lepas, kereta mainan ni tercabut nuts bahagian strereng. Plan asal nak beli hari Ahad lepas, tapi aku tak sempat nak ke kedai memandangkan suami kena kerja. Nak usung dua beradik ni, memang idok laaaa.. Kang aku jadi mak kaaaww hijau tengah² jalan..hahaa
Pagi tadi cikgu keluarkan kereta Muqri kat depan pagar, katanya dah tak boleh naik. Aku ok jer .. Tapi Muqri dah nampak sedih. Aku cakap kereta adik rosak. Tak boleh main. Nanti beli baru. Dah makin sedih muka dia sampai menangis tak nak masuk kelas. Alahaaii anak…

Lagipun kereta ni dari zaman abang long lagi. Hadiah dari bff aku. Kiranya usia kereta pun dah cecah 5 tahun..hahaha
Bila kenangkan kesedihan Muqri tu, petang tadi aku dari taska terus aku bawak dia singgah Alamanda. Itu jer lokasi paling dekat ngan taska. Tak payah pening kepala nak pergi jejauh sebab nak kena ambil abang long habis latihan bola kul 6.30 petang lak.

Aku bagi pilihan kat Muqri nak yang mana. Dah jadi macam taman mainan pulak anak aku ni. Dia test satu persatu hat mana ada kat situ sampai aku pun tetiba mabuk nak beli yang mana. Telefon Abi dia, cakap tak tau nak pilih. So, aku snap semua gambar bagi Abi dia pulak mabuk hahahhaaa..
Alang² dah beli yang baru, aku ambil la yang saiz besar sikit dan sesuai ngan umur dia. Harga pun besar gak la..hahaha. mau tepuk poket hihii.. 

Aku mintak tolong staff situ pasang siap² sebab nak elakan dari pasang kat rumah. Nanti bergaduh pulak 2 beradik ni nak naik. Bijak tak ibu ?

Ok .. Dah setel semua, letak dalam troli dan paling kelakar Muqri buat² muka terkejut. Diam membisu. Terkebil² mata dia pandang aku. Macam tak caya kereta itu milik aku yeaa dikk ! Hahaaa..
Ok lah Muqri, esok ibu tampal stiker nama adik supaya tak tertukar ngan kawan² lain. Harap kereta adik ni mampu bertahan selama 5 tahun gak la. Jangan la jahanam lagi yea dik. Jaga elok² tau. Dah besar nanti, adik beli kereta sendiri. Ibu ngan Abi tumpang jer.

Leave a Comment